KEGANASAN YANG DILAKUKAN OLEH AHLI PKR

KEGANASAN YANG DILAKUKAN OLEH AHLI PKR
Mangsa yang dipukul tanpa belas kasihan oleh ahli-ahli parti PKR

Saturday, August 16, 2008

Penyokong PKR sudah mula tunjuk kekasaran: Noraini

Berita Harian

BUKIT MERTAJAM: Sekumpulan ahli Pergerakan Puteri Umno mendakwa diraba di punggung dan diludah oleh beberapa penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kawasan berhampiran pusat penamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pauh di Institut Perguruan Tuanku Bainun (IPTN) di sini, semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 pagi di depan pintu masuk IPTN itu hampir mencetuskan pergaduhan dan kemarahan penyokong Barisan Nasional (BN) yang memaksa polis bertindak mengawal keadaan yang tegang itu.

Ketuanya, Datuk Noraini Ahmad, yang kecewa dengan kejadian memalukan itu berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku terutama membabitkan wanita dan penyokong berbangsa Melayu.

"Saya kesal kerana ada ahli Puteri yang diraba dan diludah. Penyokong PKR nampaknya sudah mula menunjukkan kekasaran dan belang mereka padahal ini baru saja hari penamaan calon. Selepas ini tidak tahu apa yang akan mereka lakukan pula," katanya kepada pemberita.

Noraini berkata, penyokong semua parti yang bertanding perlu bertenang dan menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan bersih dan jujur.

"Saya minta penyokong tolonglah bertenang kerana kita rakyat Malaysia yang penuh dengan adat ketimuran. Biarlah pilihan raya ini berjalan dengan baik dan saya berharap ia tidak berlaku lagi," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Puteri Umno akan bergandingan dengan Pergerakan Wanita berkempen dari rumah ke rumah bagi meraih undi untuk memastikan kemenangan calon BN.

"Kali ini seramai 1,500 jentera Puteri dari seluruh negara digerakkan sepanjang 10 hari berkempen," katanya

No comments: