UMNO-ONLINE
PERMATANG PAUH - Jentera pilihan raya UMNO telah bersedia untuk menjalankan tugas dalam pilihan raya kerusi P.44, Parlimen Permatang Pauh untuk turut sama membantu gerak kerja parti bagi memastikan kawasan tersebut ditawan kembali berikutan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melepaskan kerusi itu kerana memberi laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding.
Setiausaha Penerangan UMNO Bahagian Permatang Pauh, Ahmad Sahar Shuib memaklumkan bahawa semua jentera yang akan melaksanakan tugas bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) telah pun berada di sini.
“Kita telah mengadakan mesyuarat jentera pilihan raya pada semua peringkat dan semua pihak, termasuk peringkat Negeri, Bahagian dan Cawangan sudah bersedia untuk turun ke kawasan-kawasan mengundi,” katanya memaklumkan kepada UMNO Online hari ini. Beliau menyatakan bahawa anggota jentera akan bergerak mengikut perancangan dan gerak kerja yang telah diatur untuk mendekati para pengundi secara berterusan.
“Kita telah bersedia untuk melakukan tugas seperti musim-musim yang lalu malah kita akan menyokong sepenuhnya calon BN yang bertanding di kawasan tersebut,” tegas beliau lagi.
Beliau turut memaklumkan bahawa jentera pilihan raya dan anggota BN serta UMNO akan turun beramai-ramai pada hari penamaan calon iaitu 16 Ogos ini bagi menyokong calon yang bertanding. Berhubung perkara tersebut, beliau turut memaklumkan bahawa isu yang dimainkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah berbeza dengan matlamat penduduk tempatan kerana mereka lebih tertumpu kepada isu nasional.
“Isu peringkat pembangkang yang sememangnya acapkali pilihan raya sudah tentunya kerajaan yang akan diburukkan khususnya berkaitan dengan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan pusat seperti kenaikan harga minyak dan barangan lain.”
Dalam hal ini, beliau turut menyatakan bahawa isu-isu tempatan di kawasan tersebut akan ditangani terutamanya berkaitan dengan kebajikan para penduduk.
Di samping itu, beliau menanamkan rasa keyakinan dengan pengundi-pengundi di sini yang dilaporkan seramai 58,459 pemilih berdaftar kerana penduduk di kawasan itu amat memerlukan infrastruktur sempurna dan pembangunan.
“BN yang ditunjangi UMNO adalah kerajaan yang bertanggungjawab serta mampu untuk menunaikan setiap janji yang diperkatakan kepada rakyat malah sehingga kini telah terbukti bahawa Kerajaan tidak pernah gagal dalam menjaga kebajikan rakyat.”
Daripada tiga kerusi Dewan Undangan Negeri di kawasan Parlimen itu, Seberang Jaya yang dikuasai BN jauh lebih membangun daripada dua lagi kawasan, Penanti dan Permatang Pasir, kecuali kawasan bandar Permatang Pauh.
“Saya yakin, dengan semua persiapan yang lancar, jentera yang lengkap dan pendekatan yang baik maka tidak mustahil untuk UMNO kembali merampas kawasan ini daripada tangan PRK,” ujar beliau lagi.
Permatang Pauh terdiri daripada 68.5 peratus Melayu, 24.79 peratus Cina , 6.3 peratus India dan 0.41 bangsa lain.
Dalam pilihan raya kecil ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 16 Ogos ini sebagai tarikh penamaan calon dan pengundian sepuluh hari kemudian iaitu pada 26 Ogos.
Kawasan Permatang Pauh, diwakili Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sejak 1999 sehingga beliau melepaskan kerusi itu baru-baru ini.
KEGANASAN YANG DILAKUKAN OLEH AHLI PKR
Mangsa yang dipukul tanpa belas kasihan oleh ahli-ahli parti PKR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment