KEGANASAN YANG DILAKUKAN OLEH AHLI PKR

KEGANASAN YANG DILAKUKAN OLEH AHLI PKR
Mangsa yang dipukul tanpa belas kasihan oleh ahli-ahli parti PKR

Thursday, August 21, 2008

Anwar langgar asas dibentuk pengasas negara: Ezam

Berita Harian

BUKIT MERTAJAM: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa menggunakan politik perkauman yang bercanggah dengan asas negara bangsa yang diperjuangkan oleh negarawan terdahulu, kata bekas orang kanannya, Ezam Mohd Noor.

Bekas Ketua Angkatan Muda PKR itu berkata, bukan mudah bagi pengasas perpaduan kaum seperti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Tan Cheng Lock dan Tun V T Sambanthan untuk mewujudkan negara berbilang kaum dan kini perjuangan Anwar telah melanggar garisan yang dibuat itu.

“Anwar sudah melanggar garisan besar dalam politik, percaturan politik itu boleh tapi tidak seharusnya langgar garisan yang telah dinyatakan pengasas bangsa kita,” katanya kepada pemberita selepas berucap kepada penduduk di Jalan Semilang, Seberang Jaya, di sini.

Katanya sejak pilihan raya umum lalu, pemimpin PKR itu memainkan sentimen kaum bagi menarik sebanyak mungkin sokongan masyarakat Cina dan India dengan mencemuh dasar kerajaan yang pro Melayu seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) serta Dasar Pendidikan Negara.

Ezam berkata tindakan itu tidak boleh dikompromi kerana politik sedemikian amat berbahaya, khususnya kepada negara berbilang kaum seperti Malaysia, yang perlu menjaga sensitiviti setiap kaum. Ketiga-tiga pemimpin kaum utama di negara itu iaitu Tunku Abdul Rahman, Cheng Lock dan Sambanthan, meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri mereka sendiri dan inilah ciri negarawan yang perlu ditonjolkan, katanya.

“Mereka meletakkan asas pembinaan negara berlandaskan semangat perpaduan dan toleransi yang cukup tinggi demi kepentingan negara dan ini berbeza sekali dengan Anwar,” katanya.

Ezam berkata Anwar sanggup meletakkan kepentingan dirinya mengatasi kepentingan negara dan peralihan kuasa yang dicanangkannya bakal berlaku pada 16 September telah merosakkan ekonomi negara dan menakutkan pelabur asing untuk datang ke negara ini. Anwar menghadapi calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Mamat daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan peletakan jawatan Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail 31 Julai lalu untuk memberi laluan kepada suaminya, Anwar bertanding di kawasan itu. — Bernama

No comments: