KEGANASAN YANG DILAKUKAN OLEH AHLI PKR

KEGANASAN YANG DILAKUKAN OLEH AHLI PKR
Mangsa yang dipukul tanpa belas kasihan oleh ahli-ahli parti PKR

Thursday, August 21, 2008

Satu 'Pembohongan Besar' Anwar - KM Sabah

Utusan Malaysia

BUKIT MERTAJAM 21 Ogos - Dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa negeri Sabah mundur dan ramai pemimpinnya akan menyertai pakatan pembangkang merupakan satu 'pembohongan besar'.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata, Anwar sanggup menggunakan taktik kotor untuk meraih sokongan daripada penduduk Permatang Pauh terhadapnya.

"Itu semua adalah tipu helah dan taktik kotor Anwar. Kenyataan yang dibuatnya itu adalah satu pembohongan besar kepada penduduk di sini.

"Dia menipu anda semua dengan mengatakan kami akan melompat parti dan menyertainya supaya dia boleh jadi Perdana Menteri," katanya.

Beliau berucap pada majlis makan malam calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, Datuk Arif Shah Omar Shah bersama penduduk Bagan Serai di sini malam tadi.

Kehadiran Musa yang turut disertai oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah, Raymond Tan Shu Kiah dan Datuk Yahya Hussin, Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup dan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Joseph Pairin Kitingan adalah sebagai tanda sokongan kepada Arif Shah untuk menghadapi pilihan raya kecil itu.

Menurut Musa, tidak ada satu pun parti BN di Sabah yang akan menyertai pakatan pembangkang kerana kerjasama daripada BN telah membawa kemajuan kepada negeri tersebut.

"Kalau dulu, PBS adalah pembangkang, namun disebabkan kedudukan itu sukar untuk parti ini membawa kemajuan, sebab itulah PBS menyertai BN.

''Sejak itu pembangunan dapat dirasai oleh semua penduduk, tidak kira di kawasan bandar ataupun pedalaman," jelasnya.

No comments: