KEGANASAN YANG DILAKUKAN OLEH AHLI PKR

KEGANASAN YANG DILAKUKAN OLEH AHLI PKR
Mangsa yang dipukul tanpa belas kasihan oleh ahli-ahli parti PKR

Thursday, August 21, 2008

Dakwaan bertujuan rosakkan imej ahli Parlimen Sabah

Utusan Malaysia

KOTA KINABALU 21 Ogos - Naib Presiden, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan diminta menghentikan fitnah bahawa 13 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Sabah akan melompat parti jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menang dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Penolong Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, dakwaan tersebut hanya bertujuan merosakkan imej BN dan UMNO di Sabah serta menimbulkan rasa curiga terhadap wakil rakyatnya.

"Apa yang dikatakan Dr. Jeffrey adalah tidak benar sama sekali, ini semua hanya permainan politik beliau dan kenyataannya tidak berasaskan kepada fakta.

"Ini sekadar gimik politik untuk memenangkan Anwar yang sedang berkempen ketika ini ," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Jeffrey bahawa 13 Ahli Parlimen Sabah termasuk 11 orang dari UMNO akan melompat parti setelah Penasihat PKR itu menang pada pilihan raya itu.
Masidi yang juga Ketua UMNO Bahagian Ranau berkata, beliau yakin tidak akan ada seorang wakil rakyat UMNO dari negeri itu yang tergamak berbuat demikian.

"Wakil rakyat UMNO Sabah mempunyai prinsip politik yang teguh dan perkara ini tidak perlu dipersoal atau dipermain-mainkan," katanya.

Berhubung tindakan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang dikatakan sedang menyiasat beberapa ahli politik Sabah, beliau berkata, perkara itu adalah sesuatu yang sihat.

Katanya, usaha itu dapat membersihkan politik Sabah daripada dikaitkan dengan unsur-unsur rasuah dan ahli politik Sabah tidak perlu bimbang dengan perkembangan itu.

''Sebenarnya perkara ini adalah satu tindakan yang bagus untuk politik kita, bagi ahli politik Sabah yang tidak bersalah, tidak perlu takut dengan tindakan BPR ini,'' katanya.

No comments: