KEGANASAN YANG DILAKUKAN OLEH AHLI PKR

KEGANASAN YANG DILAKUKAN OLEH AHLI PKR
Mangsa yang dipukul tanpa belas kasihan oleh ahli-ahli parti PKR

Friday, August 22, 2008

Saiful Ke Luar Negara ?

Utusan Malaysia

BUKIT MERTAJAM 22 Ogos - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menjelaskan kenapa beliau membawa bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, yang dianggap hanya `pembancuh kopi’ menyertainya dalam lawatan ke luar negara.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, pada mulanya Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyatakan bahawa Mohd. Saiful hanyalah seorang pembantu Anwar namun salah seorang pemimpin kanan parti itu, Saifudin Nasution Ismail mendakwa pula dia hanyalah pembancuh kopi.

‘‘Mereka kata Mohd. Saiful tidak dibayar gaji tetap kerana berkhidmat sebagai sukarelawan sahaja tetapi dalam satu temu ramah dengan Malaysiakini, Anwar mengaku bahawa beliau telah membawa sama Mohd. Saiful ke luar negara.

“Inilah yang mengelirukan saya sebenarnya, siapa yang sanggup membawa pembancuh kopi bersama-sama ke luar negara,” katanya semasa menyampaikan ceramah Pemuda UMNO di sini kelmarin.

Sehubungan itu, Khairy berkata, sumpah laknat yang dilafazkan Mohd. Saiful baru-baru ini bahawa dia diliwat oleh Anwar sepatutnya tidak dipertikaikan.

“Ini kerana sesiapa yang melafaz sumpah laknat boleh terkena sumpahan seluruh keturunannya.

“Beban yang ditanggung oleh Mohd. Saiful bukan hanya ditanggung oleh beliau malah seluruh keturunannya,” katanya.

No comments: