KEGANASAN YANG DILAKUKAN OLEH AHLI PKR

KEGANASAN YANG DILAKUKAN OLEH AHLI PKR
Mangsa yang dipukul tanpa belas kasihan oleh ahli-ahli parti PKR

Sunday, August 24, 2008

Dr Ismail : Sumpah Saiful penuhi syarat

Malaysiakini

Bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr Ismail Ibrahim hari ini berkata bersumpah dengan nama Allah sambil memegang al-Quran tidak wajar disamakan dengan sumpah orang Kristian.

Katanya, yang penting, apabila seseorang itu melafazkan sumpah mengikut cara Islam, ia adalah dilakukan atas akidah dan perbuatan memegang al-Quran atau sebaliknya, bukan menyentuh soal akidah.

Oleh yang demikian, Dr Ismail dipetik oleh Bernama sebagai berkata, sumpah yang dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu khas Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah memenuhi syarat sumpah mengikut Islam antara seorang hamba Allah dengan penciptanya."

Sumpah adalah antara dia dengan Allah, kalau dia melakukan dengan ikhlas, orang lain tidak harus mempertikaikannya," kata beliau ketika dihubungi bagi mengulas polemik ulama mengenai sumpah Mohd Saiful yang mendakwa dia telah diliwat oleh Anwar.

Dr Ismail berkata Mohd Saiful sudah memenuhi syarat sumpah apabila melafazkan sumpahnya dengan menyebut "Wallahi, Wabillahi, Watallahi" dan tidak timbul sama sekali sama ada sah atau tidak sah.Katanya, sama ada Mohd Saiful memegang al-Quran atau tidak bukan soal pokok dan tidak harus dipertikaikan.

"Jika kita makan menggunakan sudu dan garpu seperti orang Kristian, tidak pula menjadikan kita Kristian. Ia bergantung kepada niat kita," tambahnya.Proses undang-undangKatanya, Malaysia masih mengamalkan undang-undang sivil dan kes liwat membabitkan Mohd Saiful dan Anwar tetap berjalan mengikut proses undang-undang itu.

Dr Ismail berkata adalah perkara biasa ulama-ulama berbeza pendapat.Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula mempertahankan pendiriannya bahawa sumpah mubahalah tidak semestinya dilakukan di mahkamah sebaliknya boleh dilakukan di luar mahkamah.Katanya, kepelbagaian pandangan ulama berkaitan sumpah laknat yang dilakukan Mohd Saiful menyebabkan orang ramai keliru, lantas ada orang menyelewengkan isu itu.

Mufti itu berkata banyak pihak yang memberi pandangan mengenai perkara itu dan pandangan yang dikeluarkan tentulah berbeza-beza.Ada yang berpendapat bahawa sumpah perlu dilakukan di Mahkamah Syariah dan memerlukan kehadiran empat saksi.

Kes liwat membabitkan Anwar menjadi isu hangat di Permatang Pauh dan pihak tertentu menyebarkan risalah mengandungi pandangan ulama-ulama mengenai tindakan Mohd Saiful melafazkan sumpah mubahalah.

Hukum qazaf

Risalah terbabit turut memuatkan pandangan Presiden Universiti Cordoba Prof Dr Taha Al Jabir Al-Alwani yang menyokong kes itu dirujuk mengikut hukum qazaf.

Sementara itu, Pensyarah Jabatan Pengajian Islam Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Mohamad Radzi Othman berkata tidak harus timbul pertikaian tentang sama ada sumpah mubahalah dilakukan di dalam masjid atau di luar.

"Mubahalah bermaksud niat untuk membenarkan ucapan dan alam kes (Mohd) Saiful, dia mendakwa diliwat dan oleh demikian dia bermubahalah sebagai cara membenarkan ungkapannya dan dia mahu orang menerima ungkapan itu," katanya.

"Dalam Islam ia boleh dilakukan di mana-mana, tidak disyaratkan tempatnya di masjid tetapi jika dibuat dalam masjid pun perbuatan itu tidak salah," katanya.

Tentang Mohd Saiful memegang al-Quran semasa bersumpah, Prof Mohamad Radzi berkata ia tidak salah kerana tindakan sedemikian bukan satu syarat untuk bermubahalah.

"(Mohd) Saiful memegangnya mungkin dalam keadaan terdesak dan untuk mendapat kekuatan untuk melakukan mubahalah itu. Ia tidak salah dan tidak harus dipertikaikan. Dia hendak supaya orang terima apa yang dia sumpahkan, itu sahaja," katanya.

Mengenai pandangan kes liwat harus diadili mengikut hukum zina, Prof Mohamad Radzi berkata bagi tuduhan zina, apabila seseorang menuduh orang lain melakukan zina, pembuktian memerlukan empat saksi sebab kes itu berat.

Ulama tak sependapat

"Tetapi kes liwat ini, ulama-ulama tidak sependapat sama ada ia boleh disamakan seperti zina atau tidak. Ada yang kata kes liwat tidak sama seperti zina, maka syarat meletakkan empat saksi itu tidak perlu," katanya.

Beliau berkata dalam hal kes liwat sudah menjadi macam kes biasa yang hanya perlu dua orang saksi dan tuduhannya juga tidak sama seperti zina di mana jika tuduhan itu tidak boleh dibuktikan, tertuduh tidak boleh dikenakan hukuman qazaf iaitu bagi zina, hukumannya ialah 80 kali sebatan rotan.

Menyentuh pandangan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din bahawa kes liwat Mohd Saiful merupakan kes li'an, beliau berkata hukum li'an hanya terpakai bagi kes suami isteri dan dalam kes liwat Mohd Saiful, ia tidak terpakai sama sekali.

Beliau menyarankan supaya ulama tampil memberi penjelasan pada orang ramai mengenai hukum-hukum ini.

"Saya lihat ramai yang keliru dengan pelbagai kenyataan yang dibuat oleh orang yang dianggap mahir dan mengetahui tentang agama. Saya harap mereka menjelaskan sejauh mana yang boleh dan jangan pula menyebabkan kekeliruan di kalangan masyarakat," katanya.

Pemuda Kempen Rumah ke Rumah

Malaysiakini

Kempen Pemuda Umno bagi pilihanraya kecil Permatang masuk ke pusingan akhir, dengan mengadakan kempen rumah ke rumah untuk menemui sendiri pengundi sebelum mereka membuat pilihan Selasa ini.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, keadaannya kini jauh berbeza dari hari pertama di mana "mereka dengan angkuh berkata kita akan hilang deposit".

Katanya, jika semuanya berjalan lancar, tidak mustahil Barisan Nasional (BN) akan menang dalam pilihanraya kecil tersebut.Hishammuddin berkata, kempen rumah ke rumah itu akan membolehkan mereka bertemu sendiri dengan para pengundi.

"Yang ada di luar sana (menghadiri ceramah) kebanyakannya orang dari luar, bukan pengundi Permatang Pauh."Bila turun (Kempen rumah ke rumah), kita akan tentukan mereka yang berhak dapat mengundi," katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

Pilihanraya kecil Permatang Pauh menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon Angkatan keadilan Insan Malaysia (Akim), Hanafi Hamat.'

Kempen paling kotor'

Diminta mengulas tanggapan bahawa ini merupakan kempen yang paling kotor, Hishammuddin berkata, bila berdepan dengan PKR, ia dapat dilihat sejak hari penamaan calon lagi.

Bagaimanapun, katanya, beliau bangga kerana anggota Pemuda Umno menjalankan kempen dengan berdisiplin.

"Saya rayu kepada semua jentera kita yang ramai datang bantu supaya terus berdisiplin. Jangan terikut-ikut dengan provoaksi pihak lawan.

"Saya nak ingat pada semua pihak bahawa dunia fokus pada Permatang Pauh. Jangan malukan bangsa sendiri, kita mahu demokrasi di Malaysia dapat dilihat oleh dunia berjalan lancar," tambahnya.

Mengenai pengumuman cuti awam pada hari pengundian Selasa ini, beliau berkata ia sesuatu yang sihat untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk keluar mengundi.

Kubu kuat

Ditanya mengenai dakwaan ada kawasan-kawasan yang sukar dimasuki oleh Barisan Nasional (BN) untuk berkempen, Hishammuddin berkata:

"Pada peringkat awalnya, ada kawasan yang Pemuda (Umno) tidak boleh masuk kerana ia kubu kuat PKR.

"Tapi pada hari ini, dari maklumat yang saya terima, tidak ada kawasan yang kita tidak boleh masuk...," tambahnya.

Hishammuddin juga menolak tanggapan bahawa jika BN kalah dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh, ia bermakna rakyat terus menolak gabungan tersebut.

Katanya, ini kerana kerusi parlimen berkenaan merupakan kubu kuat PKR.Keadaannya akan berbeza jika Anwar bertanding di parlimen Semberong yang diwakilinya

Saturday, August 23, 2008

Bukan Calon Terbaik

Utusan Malaysia

PETALING JAYA 23 Ogos – Bekas sahabat karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Zulkifli Mohamad menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak layak menjadi Perdana Menteri.

Menurut beliau, Anwar yang menjadi idolanya satu ketika dahulu kini tidak lagi dipercayainya kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu berhasrat menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu.

Beliau yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berkata, Anwar yang dikenali sejak 1970-an turut berhasrat untuk mengubah semua dasar negara terutama Dasar Ekonomi Baru (DEB).

‘‘Saya sangat dukacita dengan kenyataan Anwar kepada majalah ekonomi, Asia Inc., dua bulan lalu apabila menyuarakan keinginannya mewujudkan meritokrasi, Malaysian Malaysia dan menghapuskan keistimewaan orang Melayu sekiranya menjadi Perdana Menteri.

‘‘Saya menentang habis-habisan jika Anwar mahu jadi Perdana Menteri kerana hasrat Anwar selari dengan perjuangan DAP dan menggunakan PKR untuk menyuarakan keinginan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai projek ternakan babi secara moden di Sepang di pejabatnya, di sini hari ini.

Zulkifli yang juga Pengerusi Pergerakan Perpaduan Islam Malaysia (PPPIM) berkata, bekas Menteri Pendidikan itu juga tidak mahu cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri gagal.

‘‘Dia mahu menjadi Perdana Menteri yang liberal dan percaya hajatnya akan tercapai apabila tersenarai sebagai salah seorang daripada 100 pemimpin dunia yang terbilang seperti yang diramalkan sahabat baiknya, Paul Wolfowitz,” katanya

Ada Petanda Kejutan

Utusan Malaysia

BUKIT MERTAJAM 23 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ada petanda menunjukkan bahawa Barisan Nasional (BN) mampu melakukan kejutan pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, ia berdasarkan kepada suasana politik di Permatang Pauh yang menunjukkan peluang BN semakin baik sejak hari penamaan calon 16 Ogos lalu.

''Saya lihat ada tanda-tanda yang beri satu semangat baru dan satu keyakinan kepada BN.
''Oleh itu jangan ada pihak yang sama sekali ketepikan peluang BN untuk lakukan kejutan," katanya ketika berucap di Bilik Gerakan BN Permatang Ara di sini hari ini.

Najib berkata, dalam pertemuannya dengan pelbagai pihak sebelum ini, mereka memaklumkan bahawa sokongan kepada BN di Permatang Pauh adalah lebih baik dari pilihan raya umum lalu.

Justeru, kata beliau, apa yang perlu jentera BN lakukan ialah bekerja keras, tidak gentar dan tetap menggerakkan peraih undi dari rumah ke rumah supaya BN boleh menunjukkan 'bisanya' pada 26 Ogos ini.

''Pihak lawan memperlihatkan budaya main kasar dari hari pertama berkempen lagi dan menunjukkan contoh yang bodoh. Ini ke parti yang nak perintah negara, kalau tidak boleh menunjukkan teladan yang baik, maka parti itu tidak layak untuk perintah," katanya.

Sambil menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'gergaji dua mata', Najib berkata, beliau percaya penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu kini dalam 'kepanasan'.

Katanya, jika pada tarikh 16 September yang diuar-uarkan Anwar bahawa dia akan menjadi Perdana tidak menjadi kenyataan, maka ia sekali gus membuktikan pembohongan besar yang dilakukannya.

''BN masih boleh bertahan lagi, jangan fikir apabila undi dia, (Anwar) akan jadi Perdana Menteri.

''Di saat-saat akhir ini, jangan takut, keluarlah mengundi dan kita mesti membawa 'bala tentera' yang ramai, kalau tidak dia akan gertak kita," katanya.

Terdahulu, Najib telah menyampaikan peruntukan sebanyak RM1.48 juta untuk menaiktaraf 10 masjid dan 16 buah surau di kawasan Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir di Masjid Al-Falah, di sini.

Jumlah keseluruhan bantuan masjid dan surau yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk kawasan Parlimen Permatang Pauh pula ialah sebanyak RM4.18 juta.

Dalam ucapannya, Najib menyatakan sumbangan itu diberikan sebagai melambangkan keprihatinan kerajaan kepada umat Islam di negara ini supaya mereka boleh menunaikan ibadah dalam keadaan selesa.

''Kalau nak jadi umat Islam yang cemerlang, kita kena berjaya dalam semua lapangan dan sebagai umat contoh, kita perlu kuasai teknologi," katanya.

Rakyat Lebih Penting

Utusan Malaysia

BUKIT MERTAJAM 23 Ogos - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan pimpinannya lebih memikirkan nasib rakyat untuk terus menikmati pembangunan daripada melayan tekad Datuk Seri Anwar Ibrahim 'menukar kerajaan'.

Perdana Menteri berkata, walaupun sebarang kemungkinan boleh berlaku termasuk tidak mustahil Penasihat Parti Keadilan (PKR) itu ke Parlimen namun keutamaan beliau sekarang adalah untuk memastikan kerajaan Barisan Nasional (BN) bekerja dengan lebih kuat untuk rakyat.

Beliau mengakui meskipun BN hanya kekurangan lapan kerusi daripada majoriti dua pertiga yang diperlukan namun kerajaan yang dibentuk ketika ini amat stabil dan kuat.

"Saya tidak kisah sama ada dia menang atau tidak, apa yang saya tahu, saya mempunyai kerajaan untuk bekerja lebih keras dan mengetahui masalah rakyat.

"(Sebenarnya) Tak payah tunggu Anwar, rakyat lebih tahu kami mempunyai sokongan yang kuat... rakyat tahu kami sedang bekerja sebagai kerajaan sehinggalah tiba pilihan raya umum, ketika itu biarlah rakyat buat keputusan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan masyarakat Cina di Taman Tun Hussein Onn di Seberang Jaya di sini hari ini.

Abdullah ditanya oleh seorang wartawan Australia sama ada beliau khuatir sekiranya Anwar menang pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, Selasa ini.

Anwar pada sepanjang kempen pilihan raya kecil itu sering menguar-uarkan bahawa kemenangannya pada pilihan raya kecil itu akan dijadikan platform utama kepadanya untuk mempengaruhi sekurang-kurangnya 30 wakil rakyat BN melompat ke pakatan pembangkang, sekali gus membentuk 'kerajaan baru'.

Pada pilihan raya kecil 26 Ogos ini, Anwar ditentang oleh calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Mamat dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).

Abdullah yang kemudiannya ditanya mengenai dakwaan wujud konspirasi dalam tuduhan liwat membabitkan Anwar berkata, kerajaan pimpinan beliau sebenarnya tidak ada masa untuk berbuat demikian.

Dalam pada itu ditanya tentang tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang melafazkan sumpah tidak terlibat atau mengenali wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu, Abdullah berkata, timbalannya itu mungkin merasakan tuduhan yang mengaitkan dirinya itu terlalu berat.

Sementara itu, Abdullah mengingatkan pihak yang dijangka cuba membuat kacau pada hari pengundian pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh Selasa ini supaya tidak menyekat suara demokrasi rakyat.

Katanya, beliau mendengar ura-ura ada rancangan kumpulan tertentu mahu membawa ribuan orang luar ke kawasan itu dengan tujuan menyekat pengundi terutamanya penyokong Barisan Nasional (BN) untuk keluar melaksanakan tanggungjawab mereka.

''Pengundi BN dikatakan akan menghadapi kesusahan kerana jalan-jalan ada halangan dan rintangan. Dengan itu, bilangan yang turun mengundi juga akan menurun.

''Saya harap ini tidak berlaku, kalau kita hendak demokrasi, amalkanlah betul-betul. Jangan hanya hendakkan kemenangan tapi orang lain pula kita susahkan, itu bukan caranya," katanya.

Jentera BN Semakin Mantap

Utusan Malaysia

BUKIT MERTAJAM 23 Ogos - Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah berpuas hati dengan perjalanan jentera pilihan raya BN yang disifatkannya sebagai semakin kemas dan mantap sejak beberapa hari lalu. Malah kata Arif, jentera berkenaan dapat bergerak sendiri dan ini memudahkan tugasnya untuk berkempen.

''Sekarang lebih mudah, lepas penamaan calon dan hingga hari ini semua jentera boleh berjalan sendiri walaupun tanpa kelibat saya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Tenggiri di sini hari ini.

Dalam pada itu, Arif Shah terkilan kerana beliau dikaitkan oleh pembangkang dengan abangnya, Tan Sri Amin Shah Omar Shah, yang sebelum ini adalah seorang usahawan bumiputera terkemuka negara.

Menurut Arif Shah, adalah tidak adil untuk mengaitkan dirinya dengan Amin Shah kerana beliau tidak mempunyai sebarang hubungan perniagaan dengan abangnya itu.

''Saya telah ditanya bertubi-tubi oleh wartawan mengenai peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim namun saya tidak mahu komen dan tidak mahu terlibat.

''Jadi tidak perlu dikaitkan saya dengan abang saya, seeloknya kalau mereka mengaku pemimpin bertanggungjawab, jangan aniaya orang yang tidak berdosa dengan cerita- cerita tersebut," katanya.

PKR terima Dana Dari AS?

Utusan Malaysia

BUKIT MERTAJAM 23 Ogos – Dana yang digunakan oleh calon Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjalankan kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini adalah bantuan daripada negara luar terutama sekali Amerika Syarikat (AS).

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (gambar) berkata, Anwar sendiri telah mengaku tidak mempunyai wang yang cukup untuk berkempen namun masih mampu melakukannya.

‘‘Dia sendiri telah berkata bahawa dia tidak mempunyai wang yang cukup untuk kempen, malah sanggup meminta bantuan penyokongnya melalui laman web untuk mendapatkan wang.

‘‘Namun, saya hairan bagaimana dia boleh meletakkan bendera dan poster partinya dengan banyak di sini. Oleh itu saya yakin bahawa dia mendapat bantuan AS,’’ katanya.

Khairy berkata demikian ketika memberi ceramah di hadapan kira-kira 3,000 penduduk di Permatang Pasir, di sini semalam.

Menurut Khairy sebagai balasan kepada bantuan yang diterima Anwar itu, perkara pertama yang akan dilakukannya jika berjaya menjadi Perdana Menteri ialah menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-AS.

‘‘Saya tahu ini adalah perkara pertama yang akan dilakukannya yang akan menyebabkan rakyat negara ini sendiri rugi,’’ jelasnya.

Tambahnya, dia juga mempunyai maklumat yang Anwar telah berjanji dengan kerajaan AS bahawa satu pangkalan tentera laut akan dibina di Sabah jika hajatnya menjadi Perdana Menteri tercapai.

‘‘Saya sendiri tahu Anwar akan meluluskan pembinaan pangkalan tersebut jika beliau berjaya menunaikan cita-citanya.

Ezam Terima Ugutan Bunuh

Utusan Malaysia

BUKIT MERTAJAM 24 Ogos - Seorang demi seorang bekas pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima ugutan supaya berhenti mendedahkan kepincangan kepimpinan parti itu dan meninggalkan kawasan Permatang Pauh menjelang hari pengundian pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, Selasa ini.

Selain bekas rakan tenis penasihat PKR, Datuk S. Nallakaruppan, bekas Ketua Angkatan Muda parti itu, Ezam Mohd Noor juga menerima pelbagai pesanan ringkas (SMS) termasuk ugutan bunuh supaya keluar meninggalkan Permatang Pauh.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis ceramahnya di sini malam tadi, Ezam berkata, SMS sedemikian semakin meningkat dalam tempoh sehari dua ini.

“Pelbagai ugutan mula saya terima sejak saya datang ke Permatang Pauh tetapi dalam tempoh sehari dua ini, ugutan yang lebih serius termasuk ancaman bunuh terhadap saya, ibu, anak serta isteri dihantar kepada saya,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, ugutan-ugutan itu tidak diendahkannya dan ia tidak mematahkan semangatnya untuk membantu jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) di Permatang Pauh. - Bernama

Friday, August 22, 2008

Saiful Ke Luar Negara ?

Utusan Malaysia

BUKIT MERTAJAM 22 Ogos - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menjelaskan kenapa beliau membawa bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, yang dianggap hanya `pembancuh kopi’ menyertainya dalam lawatan ke luar negara.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, pada mulanya Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyatakan bahawa Mohd. Saiful hanyalah seorang pembantu Anwar namun salah seorang pemimpin kanan parti itu, Saifudin Nasution Ismail mendakwa pula dia hanyalah pembancuh kopi.

‘‘Mereka kata Mohd. Saiful tidak dibayar gaji tetap kerana berkhidmat sebagai sukarelawan sahaja tetapi dalam satu temu ramah dengan Malaysiakini, Anwar mengaku bahawa beliau telah membawa sama Mohd. Saiful ke luar negara.

“Inilah yang mengelirukan saya sebenarnya, siapa yang sanggup membawa pembancuh kopi bersama-sama ke luar negara,” katanya semasa menyampaikan ceramah Pemuda UMNO di sini kelmarin.

Sehubungan itu, Khairy berkata, sumpah laknat yang dilafazkan Mohd. Saiful baru-baru ini bahawa dia diliwat oleh Anwar sepatutnya tidak dipertikaikan.

“Ini kerana sesiapa yang melafaz sumpah laknat boleh terkena sumpahan seluruh keturunannya.

“Beban yang ditanggung oleh Mohd. Saiful bukan hanya ditanggung oleh beliau malah seluruh keturunannya,” katanya.

Najib Sumpah Tak Kenal Altantunya

Utusan Malaysia

BUKIT MERTAJAM 22 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) malam ini melafazkan sumpah di depan jemaah Masjid Guar Perahu di sini bahawa beliau tidak terlibat atau mengenali wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu.

“Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Bahawasanya saya tidak terlibat dan mengenali wanita Mongolia yang dikaitkan dengan diri saya.‘‘Biarlah Allah menjadi saksi di dalam Masjid Guar Perahu yang mulia ini. Saya tidak mahu kata ini sumpah rasmi atau tidak, tapi ini urusan saya dengan Allah. Apa pun tohmahan, saya percaya saya berdiri di atas prinsip yang benar,” kata Timbalan Perdana Menteri.

Pada majlis itu, Konsul Kehormat Mongolia di Malaysia, Datuk Syed Abdul Rahman Al-Habshi yang turut berucap berkata: “Sumpah Datuk Seri Najib benar dan diakui Datuk Seri Najib tiada kaitan dengan Altantuya.”

Syed Abdul Rahman berkata, apabila kes pembunuhan Altantuya berlaku, beliau adalah orang Malaysia pertama yang mempunyai maklumat itu dan beliau juga merupakan “orang pertama pergi ke Mongolia dan telah membuka semua peti besi yang mengandungi dokumen Altantuya”.

“Tiada satu dokumen pun, mahupun gambar, mahupun video yang babitkan Datuk Seri Najib,” katanya.Terdahulu, Najib yang menyempurnakan solat Isyak di masjid itu menyampaikan peruntukan sebanyak RM1.4 juta kepada masjid dan surau untuk seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri Penanti di sini.

Sepanjang kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh ini, para penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diterajui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sering mengaitkan Najib dengan wanita Mongolia tersebut.

Malah, dalam ceramah Anwar, beliau secara sinis mencerca Najib sebagai individu yang terlibat dalam pembunuhan bekas model tersebut.Najib berkata, sumpah yang dilafazkan olehnya itu tidak bermakna beliau mahu sesiapa tampil membuat perkara yang sama.

‘‘Ini tidak bermakna saya nak ajak orang lain untuk sumpah atau tak sumpah. Masing-masing buatlah keputusan sendiri.“Tetapi kalau dia nak ejek saya, momokkan saya, saya tetap berdiri

Thursday, August 21, 2008

Anwar Ibrahim Kata Bangang, Bodoh & Celaka.

Berita Harian

BUKIT MERTAJAM: Istilah bangang, bahlol, bodoh, celaka dan sial digunakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kempennya pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Anwar, yang terkenal dengan kepetahan berhujah dan berpidato terutama di zaman mudanya semasa memimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), sebelum ini diketahui tidak pernah menggunakan perkataan kesat dan kasar seperti itu di khalayak ramai.

Kini beliau telah berubah dengan menggunakan perkataan seperti itu untuk menghidupkan ceramahnya.

Pada satu ceramah di Seberang Jaya baru-baru ini, penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, beliau terpaksa menggunakan perkataan itu. “Orang Permatang Pauh ni lain sikit. Depa bukan boleh cakap lembut-lembut, nanti depa tak faham. “Nak bagi faham, kena cakap macam ini. Baru boleh faham,” katanya.

Bagaimanapun beberapa hari selepas itu, pada satu ceramah lain, Anwar meminta maaf jika bahasa yang digunakannya itu berbunyi kasar.

“Azizah kata kat saya jangan cakap kasar-kasar,” katanya merujuk kepada nasihat isteri beliau, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR.

Dan dalam ucapannya di Seberang Jaya semalam, beliau lebih bersopan dan mengelak kata-kata kesat dan kasar seperti sebelumnya.

Dalam pilihan raya 26 Ogos ini, Anwar berdepan dengan Datuk Arif Shah Omar Shah daripada Barisan Nasional (BN), dan Hanafi Mamat dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).
Pilihan raya kecil itu diadakan selepas Dr Wan Azizah mengosongkannya bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding. — Bernama

Anwar langgar asas dibentuk pengasas negara: Ezam

Berita Harian

BUKIT MERTAJAM: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa menggunakan politik perkauman yang bercanggah dengan asas negara bangsa yang diperjuangkan oleh negarawan terdahulu, kata bekas orang kanannya, Ezam Mohd Noor.

Bekas Ketua Angkatan Muda PKR itu berkata, bukan mudah bagi pengasas perpaduan kaum seperti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Tan Cheng Lock dan Tun V T Sambanthan untuk mewujudkan negara berbilang kaum dan kini perjuangan Anwar telah melanggar garisan yang dibuat itu.

“Anwar sudah melanggar garisan besar dalam politik, percaturan politik itu boleh tapi tidak seharusnya langgar garisan yang telah dinyatakan pengasas bangsa kita,” katanya kepada pemberita selepas berucap kepada penduduk di Jalan Semilang, Seberang Jaya, di sini.

Katanya sejak pilihan raya umum lalu, pemimpin PKR itu memainkan sentimen kaum bagi menarik sebanyak mungkin sokongan masyarakat Cina dan India dengan mencemuh dasar kerajaan yang pro Melayu seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) serta Dasar Pendidikan Negara.

Ezam berkata tindakan itu tidak boleh dikompromi kerana politik sedemikian amat berbahaya, khususnya kepada negara berbilang kaum seperti Malaysia, yang perlu menjaga sensitiviti setiap kaum. Ketiga-tiga pemimpin kaum utama di negara itu iaitu Tunku Abdul Rahman, Cheng Lock dan Sambanthan, meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri mereka sendiri dan inilah ciri negarawan yang perlu ditonjolkan, katanya.

“Mereka meletakkan asas pembinaan negara berlandaskan semangat perpaduan dan toleransi yang cukup tinggi demi kepentingan negara dan ini berbeza sekali dengan Anwar,” katanya.

Ezam berkata Anwar sanggup meletakkan kepentingan dirinya mengatasi kepentingan negara dan peralihan kuasa yang dicanangkannya bakal berlaku pada 16 September telah merosakkan ekonomi negara dan menakutkan pelabur asing untuk datang ke negara ini. Anwar menghadapi calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Mamat daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan peletakan jawatan Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail 31 Julai lalu untuk memberi laluan kepada suaminya, Anwar bertanding di kawasan itu. — Bernama

Dakwaan bertujuan rosakkan imej ahli Parlimen Sabah

Utusan Malaysia

KOTA KINABALU 21 Ogos - Naib Presiden, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan diminta menghentikan fitnah bahawa 13 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Sabah akan melompat parti jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menang dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Penolong Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, dakwaan tersebut hanya bertujuan merosakkan imej BN dan UMNO di Sabah serta menimbulkan rasa curiga terhadap wakil rakyatnya.

"Apa yang dikatakan Dr. Jeffrey adalah tidak benar sama sekali, ini semua hanya permainan politik beliau dan kenyataannya tidak berasaskan kepada fakta.

"Ini sekadar gimik politik untuk memenangkan Anwar yang sedang berkempen ketika ini ," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Jeffrey bahawa 13 Ahli Parlimen Sabah termasuk 11 orang dari UMNO akan melompat parti setelah Penasihat PKR itu menang pada pilihan raya itu.
Masidi yang juga Ketua UMNO Bahagian Ranau berkata, beliau yakin tidak akan ada seorang wakil rakyat UMNO dari negeri itu yang tergamak berbuat demikian.

"Wakil rakyat UMNO Sabah mempunyai prinsip politik yang teguh dan perkara ini tidak perlu dipersoal atau dipermain-mainkan," katanya.

Berhubung tindakan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang dikatakan sedang menyiasat beberapa ahli politik Sabah, beliau berkata, perkara itu adalah sesuatu yang sihat.

Katanya, usaha itu dapat membersihkan politik Sabah daripada dikaitkan dengan unsur-unsur rasuah dan ahli politik Sabah tidak perlu bimbang dengan perkembangan itu.

''Sebenarnya perkara ini adalah satu tindakan yang bagus untuk politik kita, bagi ahli politik Sabah yang tidak bersalah, tidak perlu takut dengan tindakan BPR ini,'' katanya.

Satu 'Pembohongan Besar' Anwar - KM Sabah

Utusan Malaysia

BUKIT MERTAJAM 21 Ogos - Dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa negeri Sabah mundur dan ramai pemimpinnya akan menyertai pakatan pembangkang merupakan satu 'pembohongan besar'.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata, Anwar sanggup menggunakan taktik kotor untuk meraih sokongan daripada penduduk Permatang Pauh terhadapnya.

"Itu semua adalah tipu helah dan taktik kotor Anwar. Kenyataan yang dibuatnya itu adalah satu pembohongan besar kepada penduduk di sini.

"Dia menipu anda semua dengan mengatakan kami akan melompat parti dan menyertainya supaya dia boleh jadi Perdana Menteri," katanya.

Beliau berucap pada majlis makan malam calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, Datuk Arif Shah Omar Shah bersama penduduk Bagan Serai di sini malam tadi.

Kehadiran Musa yang turut disertai oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah, Raymond Tan Shu Kiah dan Datuk Yahya Hussin, Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup dan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Joseph Pairin Kitingan adalah sebagai tanda sokongan kepada Arif Shah untuk menghadapi pilihan raya kecil itu.

Menurut Musa, tidak ada satu pun parti BN di Sabah yang akan menyertai pakatan pembangkang kerana kerjasama daripada BN telah membawa kemajuan kepada negeri tersebut.

"Kalau dulu, PBS adalah pembangkang, namun disebabkan kedudukan itu sukar untuk parti ini membawa kemajuan, sebab itulah PBS menyertai BN.

''Sejak itu pembangunan dapat dirasai oleh semua penduduk, tidak kira di kawasan bandar ataupun pedalaman," jelasnya.

Wednesday, August 20, 2008

Pemuda PAS Selangor Cabar Anwar Bersumpah

Utusan Malaysia

SHAH ALAM 20 Ogos – Dewan Pemuda Pas Selangor mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya melakukan sumpah laknat jika beliau di pihak yang benar.

Ketuanya, Sallehen Mukhyi berkata, ia merupakan langkah terbaik bagi bekas Timbalan Perdana Menteri itu untuk menyelesaikan masalah peribadinya sekali gus membersihkan namanya.

Beliau berkata, semua pihak harus menerima baik sumpah laknat bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang berbuat demikian kerana mahu menjaga nama baik diri dan keluarga.

“Terdapat dua cara untuk menyelesaikan kes ini sama ada pihak penuduh mengemukakan bukti kukuh di mahkamah atau tertuduh (Anwar) sendiri membuat pengakuan.

“Namun, sekiranya Anwar merasakan beliau tidak bersalah, beliau boleh membuat pengakuan di mahkamah ataupun membuat sumpah laknat... terpulang kepadanya,” kata Sallehen ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas desakan pelbagai pihak yang mahu Anwar, calon PKR dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, berhenti mempertikaikan sumpah laknat Mohd. Saiful yang dilafazkan pada 15 Ogos lalu.

Menurut Sallehen, tindakan Mohd. Saiful, 23, itu dapat dilihat sebagai salah satu cara yang membolehkan beliau memberitahu masyarakat bahawa dakwaannya mengenai perbuatan liwat Anwar adalah benar

Kes Jurufoto : Pemimpin PKR antara 3 Ditahan

Utusan Malaysia

BUKIT MERTAJAM 20 Ogos – Tiga lelaki termasuk Timbalan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Batu, Kuala Lumpur ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes dua jurugambar yang dipukul semasa membuat liputan penamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pauh, Sabtu lalu.

Ketiga-tiga mereka yang berusia 28 hingga 40 tahun ditahan di tiga lokasi berasingan iaitu di Permatang Pauh, Selayang serta Sentul, Kuala Lumpur pada semalam dan hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Mohd. Bakri Mohd. Zinin yang mengesahkan penahanan itu berkata, polis telah mengesan lebih daripada 10 suspek yang terlibat dalam insiden tersebut.

“Saya berharap mereka akan datang menyerah diri secepat mungkin bagi membantu siasatan dan sekiranya mereka gagal berbuat demikian, kami (polis) terpaksa mengambil tindakan ke atas mereka,” katanya ketika dihubungi di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan memberitahu, salah seorang suspek berusia 39 tahun ditahan setelah dia menyerah diri pada pukul 1.45 petang hari ini.

Pegawai Perhubungan Media, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, Supritendan Shaharon Anuar Abdul Latif pula berkata, dua suspek lagi termasuk pemimpin PKR itu ditahan sejurus menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul dan Balai Polis Kubang Semang.

Katanya, seorang lagi lelaki yang berasal dari Sungai Tiram, Bayan Lepas ditangkap di Kubang Semang, Pulau Pinang. Polis telah pun mendapat perintah daripada Mahkamah Majistret Bukit Mertajam untuk menahan reman lelaki itu sehingga lusa.

Beliau memberitahu, seorang lelaki penduduk tempatan yang dipercayai melarikan diri telah ditahan di Selayang awal pagi ini kerana turut disyaki terlibat dalam insiden tersebut.

“Suspek yang ditahan di Selayang dan Sentul akan dibawa ke sini untuk mendapatkan perintah reman supaya siasatan lanjut dapat dilakukan secara terperinci,” katanya.

Semalam, akhbar-akhbar menyiarkan beberapa gambar suspek yang dipercayai terlibat dalam insiden dua jurugambar dipukul di Permatang Pauh.

Kesemua mereka, kata Shaharon, disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

2 Exco Perak (PKR) Ditahan

Utusan Malaysia

IPOH 20 Ogos – Dua Exco kerajaan negeri Perak bersama empat orang lagi ditahan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana disyaki terlibat dalam sogokan wang lebih RM100,000 dan seks bagi mempercepatkan kelulusan satu projek perumahan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar, kira-kira 40 kilometer dari sini.

Tiga suspek termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Perak, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu, 57, ditangkap pada pukul 6 petang semalam di sebuah hotel di sini, diikuti penahanan dua lagi suspek di sekitar bandar raya ini hasil maklumat orang ramai.

Mohd. Osman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), ditahan bersama bekas ADUN Bota, juga daripada PKR, iaitu Kapten (B) Usaili Alias, 56. Turut ditahan ialah Juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Ruslan Sahat, 46; Ahli Majlis Daerah Perak Tengah yang juga peniaga, Zul Hassan, 45; serta seorang lagi ahli peniagaan, Fazirul Azim Ismail, 30.

Kelima-lima mereka dibawa oleh BPR ke Mahkamah Majistret di sini hari ini untuk mendapatkan perintah reman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

Perintah tersebut dikeluarkan oleh Majistret Noor Aini Yusuf mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Kesemua suspek menggunakan jaket dan baju untuk menutup muka masing-masing semasa dibawa ke mahkamah.

Seorang lagi anggota Exco Perak turut ditahan pada pukul 10.30 pagi ini kerana disyaki terlibat sama dalam kegiatan rasuah tersebut. Bagaimanapun, namanya belum dapat didedahkan kerana perintah tahanan reman belum diperoleh oleh BPR.

BPR merampas wang tunai RM100,000 dipercayai wang suapan dalam kes tersebut daripada mereka yang ditahan. Seorang wanita yang berada bersama kumpulan lelaki itu di hotel tersebut juga disiasat sama ada terlibat dalam kegiatan rasuah.

Menurut Pengarah BPR Perak, Samsiah Abu Bakar, kejayaan memberkas suspek-suspek itu adalah hasil intipan selama seminggu yang dilakukan oleh pegawai dan kakitangan agensi berkenaan.

Difahamkan, BPR akan memohon perintah tahanan reman ke atas seorang lagi ADUN daripada PKR esok bagi membantu siasatan kes itu.

Kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 kerana menerima wang rasuah.

Jika sabit kesalahan, mereka yang terlibat boleh didenda lima kali nilai suapan atau mana yang lebih tinggi dan penjara minimum 14 hari hingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Tuesday, August 19, 2008

Koh Nafi Keistimewaan Diberi Kepada Business Focus

Berita Harian

BUKIT MERTAJAM: Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hari ini mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, pada awal 1998 menasihatkannya tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Business Focus Sdn Bhd (BFSB) atas kegagalan melunaskan pembayaran bagi pembelian Penang Shipbuilding Corporation Sdn Bhd (PSC).

Koh, yang ketika itu pengerusi Penang Development Corporation (PDC), berkata Anwar telah campur tangan apabila kerajaan negeri mahu mengambil tindakan terhadap BFSB bagi kegagalan melunaskan pembayaran itu.

"BFSB", yang membeli anak syarikat PDC itu bersama-sama tanahnya, termasuk satu bidang tanah yang kecil di Pulau Jerejak pada 1992 pada harga RM29 juta, telah gagal melunaskan pembayaran dari akhir 1997 hingga awal 1998," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

There were NO Anwar cronies ?

Blog Rocky's Bru
Tuesday, August 19, 2008

Not even one crony? The Star online's report, Anwar: Name my 'cronies' (excerpts below) is intriguing.

The question that came to my mind was, Did Anwar really say that?When Anwar Ibrahim was DPM and Finance Minister, many businessmen were linked to him.

There were, or course, many, many more who claimed that they were linked to him. The joke among us disillusioned reporters then was: "Mahathir has Ting, Anwar has Tong".

Sure, people said Ting Pek Khiing and Tong Kooi Ong were fairly big corporate names even before they were labelled Dr M and Anwar's cronies, but the fact remained that they were seen to be extra close to the two.

I also remember the list of so-called cronies put up by Dr M at the PWTC in 1998. It was said that there were many Anwar's cronies on that list. Can't recall their names, though.

BUTTERWORTH: Datuk Seri Anwar Ibrahim has challenged his detractors to name the people who allegedly benefited from his position when he was deputy prime minister and finance minister.

“There was no such thing. If you know of the people who benefited, you should identify them. Do not just make claims,” he said.

The PKR leader, who is contesting the Permatang Pauh by-election, was asked to comment on his involvement in bumiputra policies when he was in the Federal Government and the award of projects without tenders.

Monday, August 18, 2008

Bukti Anwar Terdesak

Utusan Malaysia

BUKIT MERTAJAM 18 Ogos - Datuk Seri Anwar Ibrahim kini terdesak apabila terpaksa mendapatkan bantuan rakannya dari Indonesia dan Filipina untuk menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Sivamurugan Pandian berkata, penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu seakan tidak yakin untuk menghadapi pilihan raya ini.

Pagi tadi, Abddurrahman Wahid yang juga bekas Presiden Indonesia dan pemimpin berpengaruh bagi kumpulan Islam Nahdlatul Ulama hari ini hadir ke Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, Kuala Lumpur untuk menyatakan sokongan beliau kepada Anwar.

Dr. Sivamurugan ketika dihubungi berkata, hubungan Anwar dengan beberapa pemimpin asing termasuk Amerika Syarikat (AS) telah bermula sejak tahun 1997.

Katanya, Anwar dilihat berpengaruh di kalangan pemimpin asing dan sewaktu pemecatan Anwar pada 1998 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad berikutan kes rasuah dan salah guna kuasa, Abddurrahman Wahid yang lebih dikenali sebagai Gus Dur adalah orang yang paling lantang membantah keputusan itu.

Menurut beliau, yang menjadi persoalan apakah Anwar dapat membezakan sama ada ia berbentuk sokongan peribadi ataupun ia mempunyai kepentingan bagi pihak luar.

''Campur tangan asing itu harus diambil kira oleh pengundi dan ini adalah satu perkara yang tidak wajar kerana ia cuma pilihan raya kecil sahaja.

"AS juga telah mula campur tangan urusan negara mengenai siasatan kes liwat Anwar. Ini memberi kesan kepada politik negara. Pengundi juga haruslah berfikir mengapa perlu ada pemimpin yang meraih simpati dari luar negara," katanya.

Katanya, mana-mana pemimpin yang mendapatkan sokongan dari luar terutamanya ketika pilihan raya sebagai pendekatan untuk mendapatkan undi rakyat, ia dikhuatiri akan mengancam kestabilan negara dan akan menimbulkan keadaan yang tidak menentu di dalam negara.

Dr. Sivamurugan juga berkata, kemenangan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR mempertahankan kerusi Parlimen itu adalah disebabkan faktor suaminya, Anwar.

Katanya, sejak Anwar memenangi pilihan raya pada 1982 ketika menjadi anggota UMNO dan kemudian pada tahun 1998 beliau dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO, beliau telah menanam pengaruhnya kepada penyokongnya tidak kira generasi lama mahupun baru.

Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr. Ahmad Nidzammuddin Sulaiman berkata, sokongan daripada Gus Dur mahupun bekas Presiden Filifina, Joseph Estrada dilihat tidak mampu memberikan kesan kepada pengundi.

Katanya, kesemua yang memberikan sokongan terhadapnya adalah bekas Presiden yang kini tidak lagi mempunyai pengaruh besar di negara mereka sendiri.

"Pemimpin seperti ini tidak dapat mempengaruhi undi kerana kedua-dua mereka pernah tewas dan dipenjarakan. Macam Gus Dur, dia dijatuhkan. Suara-suara ini tidak dapat mempengaruhi undi dan mereka masih dipengaruhi oleh dasar dan hubungan yang dibuat oleh Anwar ketika beliau mempunyai kedudukan.

"Mereka ini tidak perlu campur tangan. Usaha mendapatkan sokongan dari luar ini bukan hanya Anwar tetapi juga biasa dilakukan oleh pemimpin tertentu," katanya di sini.

Sementara itu, di Kuala Lumpur, pakar sejarah Prof Emeritus Datuk Dr. Khoo Kay Kim berkata, kenyataan itu adalah sebagai gambaran hubungan peribadi yang rapat antara Anwar dengan beberapa pemimpin dunia.

Katanya, keadaan itu tidak sedikit pun mendatangkan kesan kepada negara kerana ia hanya hubungan peribadi dan bukannya antara negara yang langsung tiada kaitan dengan orang di Malaysia.

"Dengan siapa dia berkawan terpulang pada dia, apa yang penting pengundi kena buat perhitungan untuk negara dan diri sendiri," katanya sambil menambah hubungan peribadi tidak selalunya relevan dengan keadaan semasa.

Khoo berkata, bukan sahaja Estrada dan Gus Dur semasa menjadi Presiden mempunyai hubungan baik dengan Anwar malah Anwar juga mempunyai hubungan baik dengan beberapa individu penting di beberapa negara Barat dan Timur Tengah.

Dakyah Anwar jadi PM tidak akan berhasil - Najib

Utusan Malaysia

BUKIT MERTAJAM 18 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak meminta pengundi Parlimen Permatang Pauh supaya jangan sesekali terpedaya dengan dakyah Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kemenangannya di Parlimen itu akan membawa beliau mengetuai kerajaan.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, tindakan Anwar menguar-uarkan cerita beliau boleh menarik 30 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyertai pakatan pembangkang adalah satu momokan semata-mata.

''Pilihan raya kecil adalah untuk menentukan siapa jadi wakil Parlimen Permatang Pauh, bukan menentukan siapa yang akan mengetuai kerajaan sebab penentuan kerajaan telah dibuat dalam pilihan raya umum lalu.

''Jadi jangan berfikir dengan pilihan raya kecil ini, kerajaan akan bertukar. Ia tidak akan berlaku," katanya pada sidang akhbar selepas melawat Bilik Gerakan BN di Kampung Sama Gagah, di sini hari ini.

Pada hakikatnya, kata beliau, sebagai pengamal demokrasi yang sebenarnya, adalah tidak wajar bagi Anwar untuk mencuri wakil rakyat parti lain kerana mereka dipilih atas lambang parti iaitu BN.

Tindakan mencuri wakil rakyat tersebut juga, tegasnya bukan satu tindakan demokrasi malah pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh tidak boleh mencerminkan sesuatu yang akan membawa perubahan kepada pemerintahan negara ini.

''Apa yang kita harapkan ialah supaya rakyat memberi peluang kepada BN kerana mandat yang diberikan oleh rakyat dalam pilihan raya umum lalu akan digunakan untuk membela nasib mereka.

''Lebih 50 tahun negara mencapai kemerdekaan dan sejak itu BN telah membela rakyat, jadi jangan sesekali menafikan kejayaan itu adalah hasil usaha BN," katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai cadangan Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe supaya parti itu keluar dari BN, Najib memberitahu, Gerakan tidak mempunyai cadangan untuk berbuat demikian.

Malah, katanya, Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon sendiri terkejut dengan cadangan berkenaan.
''Saya telah berbincang dengan Tsu Koon dan beliau menyatakan tidak ada cadangan atau hasrat Gerakan untuk buat demikian," katanya.

Mengulas peletakan jawatan Presiden Pakistan, Pervez Musharraf, Najib berharap agar perubahan kepimpinan di negara itu tidak akan menimbulkan ketegangan atau konflik dalaman.

''Biar rakyat Pakistan melalui sistem politiknya menentukan (pengganti) dan kita hormati serta berharap ia berjalan teratur kerana keadilan dan keamanan negara amat penting kepada rakyat Pakistan," katanya.

Calon 'Berkempen' Di Majlis Kahwin

Malaysiakini
Aug 17, 08 4:10pm

Beberapa pasangan mempelai di sekitar Permatang Pauh mungkin rasa bertuah hari ini apabila majlis persandingan mereka dihadiri oleh calon pilihanraya kecil kerusi Parlimen itu - Datuk Arif Shah Omar Shah dari Barisan Nasional (BN) dan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedua-dua calon itu sibuk memenuhi undangan perkahwinan yang banyak diadakan semasa cuti sekolah sekarang walaupun jadual kempen mereka telah ditetapkan lebih awal.

Arif Shah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, mengakui majlis perkahwinan merupakan satu cara yang berkesan untuk mendekati dan berkenalan dengan pengundi.

Hari ini, Arif Shah menerima 10 undangan perkahwinan manakala Anwar pula menerima enam undangan, demikian menurut laporan Bernama

Arif Shah memulakan kempennya hari ini dengan mengunjungi beberapa kampung, bermula di Kampung Cross Street yang juga dikenali sebagai perkampungan kebun sayur di Tanah Liat bersama Setiausaha Agung Gerakan Datuk Seri Chia Kwang Chye sebelum menyertai aktiviti gotong-royong Masjid Papan di Kampung Petani dekat sini.

Kehadiran Arif Shah secara mengejut, disambut baik oleh penduduk di situ yang kebanyakannya kaum Cina yang merupakan pekebun sayur."Mereka agak terkejut dengan kehadiran saya namun menyambutnya dengan baik," katanya kepada Bernama hari ini.

Sementara itu, Anwar menghadiri majlis perkahwinan dengan ditemani isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dengan hanya meluangkan masa beberapa minit bertemu tuan rumah sebelum, dilihat beredar ke lokasi lain.

Pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh yang akan diadakan pada 26 Ogos, menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Arif Shah, Anwar dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia, Hanafi Mamat.

Hadi : Muqabalah Dengan UMNO Diteruskan

Malaysiakini

Muda Mohd Noor Aug 17, 08 6:09pm

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu akan meneruskan muqabalah, termasuk dengan Umno, untuk kepentingan negara dan Islam."

Kita akan mengadakan muqabalah apabila perlu kerana ia turut memberi keuntungan kepada banyak orang, contohnya dalam isu Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) yang memberi keuntungan kepada Hindraf," katanya.

Bekas menteri besar Terengganu itu memberitahu demikian dalam sidang media selepas ucapan penggulungannya di muktamar ke 54 PAS di Stadium Indera Mulia Ipoh hari ini.

Katanya, isu muqabalah tidak perlu dijelaskan lagi kepada komponen Pakatan Rakyat kerana mereka sudah tahu mengenai perkara tersebut.

"Keputusan mengadakan muqabalah itu boleh dibuat oleh parti tetapi kalau perlu ia akan diputuskan dalam muktamar khas," katanya.

Abdul Hadi juga berkata, peranan kelab penyokong PAS akan ditingkatkan termasuk memberi jawatan senator kepada pemimpin mereka.

Bagaimanapun, katanya, oleh kerana pelantikan senator terpaksa melalui proses undang-undang negeri, maka ia mungkin mengambil masa untuk berbuat demikian.

"Tetapi kita telah melantik mereka dalam agensi-agensi milik kerajaan negeri," katanya.Laksana hukum IslamKetika membuat ucapan penggulungan, Abdul Hadi berkata, PAS boleh bermuqabalah dan bermuzakarah dengan semua pihak selagi parti berpegang kepada prinsip asal.

Beliau menegaskan, PAS melalui kerajaan negeri yang dikuasai, wajib melaksanakan hukum-hukum Islam mengikut bidang kuasa yang ada.

"Jangan cakap sahaja tetapi tidak ada perlaksanaan, sebaliknya membuktikan bahawa syariat Islam itu tiada dalam ideologi dan peraturan-peraturan yang lain," katanya.

Walaupun, PAS katanya, tidak dapat mengamalkan hudud dan qisas, tetapi masih menunjukkan jiwa yang besar sehingga dihormati oleh pegawai-pegawai kerajaan kerana akhlak yang mulia.

"Kerana kita ada akhlak dan jati diri, orang hormat pada kita," katanya.Presiden PAS menambah, majlis menteri besar di kalangan negeri yang diperintah oleh Pakatan akan diwujudkan sekurang-kurangnya untuk bertukar pengalaman antara mereka.

PAS, katanya tidak boleh bergerak dalam kepompong Pakatan sahaja, sebaliknya mesti melebarkan ruang lingkup parti itu."(Kerana) bila tiba masanya, semua akan dapat dilaksanakan," tambahnya.

Pengundi Boleh Nilai Sendiri - Ariff Shah

Utusan Malaysia

BUKIT MERTAJAM 17 Ogos - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh, Datuk Arif Shah Omar Shah yakin penduduk Permatang Pauh mampu menilai prestasi pakatan pembangkang yang memerintah Pulau Pinang setakat ini.

Menurut Arif, dalam tempoh kira-kira enam bulan pakatan itu memerintah Pulau Pinang, tidak banyak pembangunan dilakukan sebaliknya mereka hanya mencari salah pemerintahan kerajaan negeri terdahulu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya berkata, sepatutnya pakatan pembangkang berusaha mencari idea bagi membantu mengembangkan ekonomi penduduk selain membawa masuk pelabur ke negeri ini namun sebaliknya berlaku.

''Apabila mereka memegang teraju kerajaan negeri, apa yang diperkatakan tidak dikotakan malah dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) lalu, kerajaan negeri tidak menyatakan apa agenda dan perancangan yang akan dilakukan.

''Hanya ADUN dari pembangkang iaitu BN yang memberikan cadangan, jadi dalam hal ini ia boleh memberi kelebihan kepada kita dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh ini," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Arif akan berhadapan dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, 26 Ogos ini.

Menurut Arif, walaupun menjadi ADUN Seberang Jaya, iaitu salah satu DUN di bawah Parlimen Permatang Pauh namun beliau sukar mendapat akses dengan kerajaan negeri menyebabkan banyak cadangan untuk pembangunan kawasan itu sukar dilaksanakan.

''Namun jika dipilih menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh, saya mempunyai akses secara terus dengan Kerajaan Pusat dan ini akan membolehkan dana kewangan disalurkan secara langsung kepada penduduk di situ.

''Justeru apa yang ingin saya lakukan ialah memberikan pembangunan untuk penduduk Permatang Pauh," katanya.

Pas Mulai curiga, sangsi PKR

Utusan Malaysia

BUKIT MERTAJAM 17 Ogos - Pas kini mula curiga dan sangsi dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sehinggakan ada cakap-cakap adalah lebih baik Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi sendiri menjadi Perdana Menteri.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini menunjukkan belum ada jaminan bahawa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri seperti yang diuar-uarkannya sebelum ini.

"Pas telah mula sangsi dengan PKR. Jika dilihat di Permatang Pauh, mana ada bilik gerakan Pas.

"Malah dalam muktamar Pas, ada bunyi-bunyi (Abdul) Hadi lebih baik jadi Perdana Menteri, jadi belum ada jaminan Anwar akan jadi Perdana Menteri.

"Kalau 30 Ahli Parlimen BN lompat, baru Anwar jadi Perdana Menteri, itu pun kalau Pas setuju," kata Najib ketika berucap pada majlis mesra rakyat di bilik gerakan Barisan Nasional (BN) di Permatang Janggus di sini hari ini.

Pada sidang akhbar kemudian, Najib berkata, BN tidak mengeksploitasi kes liwat melibatkan Anwar dan bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan kerana ia adalah perkara peribadi di antara kedua-duanya.

"Tindakan (Mohd) Saiful bersumpah itu akan menimbulkan perdebatan terutama di kalangan ahli BN dan parti politik lain.

"Ia bergantung kepada parti politik mana yang disokong," katanya.

Sementara itu, malam ini, mengulas mengenai sumpah yang dilakukan oleh Mohd. Saiful, Timbalan Perdana Menteri berkata, semua pihak patut menghormatinya kerana langkah yang diambil itu adalah bertujuan untuk membela dirinya.

"Proses angkat sumpah itu ditentukan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan dilakukan selepas solat Asar, di sebelah mimbar sambil menjunjung al-Quran.

"Jadi siapa kata proses itu tidak betul? Sebenarnya ada orang yang menggelabah dan terdesak sehingga masuk ke kedutaan asing," katanya.

BN Perlu Bekerja Lebih Keras

Utusan Malaysia

BUKIT MERTAJAM 17 Ogos – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu jentera Barisan Nasional (BN) bekerja lebih keras bagi memastikan matlamat memenangi kerusi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini tercapai.

Perdana Menteri berkata, berdasarkan maklum balas rakyat setakat ini, peluang BN untuk memenangi pilihan raya kecil itu adalah baik.

“Jadi, nampaknya ada tambahan peluang (kemenangan) kepada kita. Teruskan perjuangan, kerja kuat lagi,” katanya ketika berucap kepada ahli-ahli UMNO di Kampung Sungai Semambu, Tanah Liat di sini hari ini.

Abdullah turut meluangkan masa kira-kira 20 minit mengunjungi rakan lamanya yang juga bekas Ketua UMNO Cawangan Sungai Semambu, Abdul Bakar Endot, 70.

Turut hadir ialah calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah dan beberapa pemimpin UMNO termasuk Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Jalil Abdul Majid Exco Pemuda UMNO, Datuk Dirdaus Ismail dan Bendahari Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman.

Perdana Menteri turut mengucapkan terima kasih kepada anggota jentera BN yang membuat persiapan sepanjang kempen pilihan raya kecil itu.

Sementara itu, Abdullah yang ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan para pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) dan guru-guru Kelas Asas Fardu Ain (Kafa) di Butterworth berkata, gerak kerja kempen jentera BN berjalan dengan baik dan beliau berharap ia dapat dirancakkan sehingga hari pengundian nanti.

Ditanya mengenai tuduhan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya BN mengamalkan taktik kotor menggunakan wang untuk memancing undi, Abdullah berkata: “Dia (Anwar) selalu tuduh sebab dia yang buat, (sepatutnya) dia kena respons dululah.”
Mengulas kejadian ganas dan liar penyokong PKR sehingga mencederakan dua jurugambar termasuk seorang dari agensi berita asing semalam, Perdana Menteri menyifatkan kejadian itu sebagai amat memalukan.

Katanya, kejadian itu amat bertentangan dengan prinsip demokrasi yang kononnya diperjuangkan oleh parti pembangkang itu selama ini.

“Bagi saya, ini amat memalukan... inikah demokrasi yang dikatakan? Kalau hendakkan demokrasi, berkempenlah... bertindak liar dan ganas macam itu satu perbuatan jenayah.

“Ini menunjukkan mereka tidak menghormati undang-undang, sepatutnya tindakan boleh diambil terhadap pihak yang berkenaan kerana ia menyebabkan kecederaan serius,” tegasnya.

Abdullah turut menyelar sikap pihak tertentu termasuk pemimpin parti pembangkang yang sering mempersoalkan amalan demokrasi di negara ini sedangkan kerajaan telah memberi kebebasan bersuara kepada rakyat.

“Mereka kata macam (orang) Barat mesti ada demonstrasi, mesti ada perjuangan kononnya menuntut kebebasan seolah-olah negara kita tiada kebebasan.

“Orang surat khabar macam-macam ditulis, macam-macam dikatakan fasal kita (kerajaan). Media Internet macam itu juga. Tapi orang masih cakap kita tak bebas, nak bebas macam mana?” tegasnya.

Sunday, August 17, 2008

Polis akan bertindak terhadap penyokong PKR belasah dua jurugambar

Berita Harian

BUKIT MERTAJAM: Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap penyokong parti politik yang membelasah dua jurugambar media pada hari penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, kelmarin.

Pada masa sama, polis memberi jaminan akan membuat pemantauan berterusan bagi mengelak berulangnya kejadian tidak diingini sepanjang kempen pilihan raya kecil itu.

Jaminan itu diberi Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar serta Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Zinin, semalam. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pula menyifatkan tindakan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyerang dua jurugambar itu sebagai amat memalukan.

Perdana Menteri berkata, semua pihak patut menggunakan proses demokrasi dengan cara yang betul untuk berkempen bagi memilih wakil masing-masing ke Parlimen.

"Bertindak liar, ganas dan mencederakan seseorang itu adalah satu kesalahan jenayah dan pihak terbabit patut dikenakan tindakan," katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan jawatankuasa dan pegawai masjid serta pemimpin masyarakat Cina Parlimen Permatang Pauh di Seberang Jaya dekat sini, semalam.

Dalam kejadian berdekatan pusat penamaan calon di Institut Perguruan Tuanku Bainun itu, jurugambar The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP), Mohd Sairien Nafis, 26, cedera di pinggang, manakala kameranya bernilai kira-kira RM15,000 dirampas penyokong PKR.

Turut diserang dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu ialah jurugambar agensi berita asing, Halim Berbar. Abdullah berkata, semua pihak perlu menghormati undang-undang dan tidak bertindak sesuka hati.

CEDERA: Jurugambar NSTP, Mohd Sairien Nafis dipukul selepas penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, kelmarin.

"Kalau berlaku macam itu, ia menunjukkan mereka tidak menghormati undang-undang dan nak harapkan orang seperti ini membantu memenangkan calon mereka. Ini tidak wajar sebenarnya," katanya. Perdana Menteri berkata, walaupun rakyat diberi kebebasan memilih wakil mereka, ia ada had dan bukan dengan mengadakan demonstrasi.

"Inikah demokrasi yang dikatakan oleh pihak Barat, mesti ada demonstrasi untuk menuntut kebebasan, seolah-olah negara ini tidak ada kebebasan.

"Surat khabar macam-macam tulis dan mengata kita dan internet juga, tetapi orang kata masih tidak bebas lagi. Nak bebas macam mana, saya pun hairan apa kebebasan yang dituntut sekarang. Mana boleh kebebasan yang tiada had dalam dunia ini," katanya. Ismail yang dihubungi Berita Harian di Kuala Lumpur pula, menasihatkan orang ramai supaya tidak panik kerana keadaan di Permatang Pauh masih selamat dan terkawal.

Beliau juga berkata, penambahan anggota polis di Permatang Pauh akan dibuat mengikut keadaan dan keperluan.

Sementara itu, Mohd Bakri mengesahkan polis sudah menerima laporan berhubung salah laku penyokong parti terbabit.

"Polis akan menyiasat dan bertindak tegas. Saya mahu beri amaran kepada semua pihak supaya jangan mengambil tindakan undang-undang secara sendiri," katanya.

Mengenai dakwaan sekumpulan ahli Puteri Umno diraba di punggung dan diludah penyokong PKR, Mohd Bakri meminta mangsa membuat laporan polis kerana perbuatan itu satu jenayah cabul.

"Kita tidak boleh mengambil tindakan berdasarkan andaian atau laporan akhbar semata-mata, sebaliknya pihak terbabit perlu membuat laporan," katanya.

BN Sudah Ada Mandat : Najib

Berita Harian

BUKIT MERTAJAM: Datuk Seri Najib Razak berkata, pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh bukannya medan untuk pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan dan menentukan bakal Perdana Menteri.

"Biarlah pilihan raya umum saja yang tentukan individu yang layak menjadi Perdana Menteri. Pilihan Raya Umum Ke-12 sudah buat keputusan beri tampuk pemerintahan kepada Barisan Nasional (BN).

"Walaupun kalah di Pulau Pinang dan beberapa negeri lain, kita (BN) masih boleh tubuhkan kerajaan, jadi apa perlunya pilihan raya kecil ini," katanya ketika menyampaikan ucapan kepada jentera keselamatan BN Permatang Pauh di Jalan Tanah Liat di sini, semalam.

Anwar sebelum ini beberapa kali menyatakan hasratnya menubuhkan kerajaan baru dengan mengambil alih pentadbiran di Putrajaya. Najib berkata, keputusan pilihan raya kecil ini berkemungkinan akan menambah bilangan kerusi Parlimen yang dikuasai BN sekarang.

"Silap-silap mereka yang hilang satu kerusi sebab itu berilah peluang semula kepada BN untuk berkhidmat di kawasan ini. Jika BN diberi kepercayaan untuk jadi anggota Parlimen, kita akan berkhidmat yang terbaik untuk kawasan ini," katanya.

BN Youth Lodge Police Report

BUKIT MERTAJAM, Aug 17 (Bernama) -- Permatang Pauh Barisan Nasional (BN) Youth today lodged a police report against the Opposition's election machinery who had disturbed and prevented them from putting up posters and flags in the parliamentary constituency.

Another police report was also made by a woman, who requested on being anonymous, claiming that her head was hit with an iron rod by a group of Opposition supporters after the nomination process at the Tuanku Bainun Teaching Institute, here yesterday.

Both reports were lodged separately at the Kubang Semang police station today.

Penang BN Youth chairman, Mohd Zaidi Mohd Said who made the report claimed that a group of men, believed to be Opposition supporters had disrupted the BN Youth from flying the party flags along the roads and public areas throughout Permatang Pauh since Friday night.

"Some of them disturbed our men who were climbing up the ladder and some of them threatened the safety of our men," he told reporters here today.

-- MORE

P.PAUH-YOUTH 2 (LAST) BUKIT MERTAJAM

Mohd Zaidi said he believed that the group consisted of outsiders as their dialect differed from the locals.

He said the group had also tossed away BN and Umno flags and posters from several areas in the constituency.

"We put up the flags at night only to find them scattered on the road in the morning because the strings had been cut," said the Permatang Pauh BN Youth chief.

He said so far three of such incidents had occurred in Permatang Pauh including in Kampung Petani and Permatang Janggus.

While asking the group to stop their violent behaviour, Mohd Zaidi also reminded the BN Youth election machinery to adhere to the election regulations during the campaigning period until the polling day.

Meanwhile, the woman said: "I was on my way home when a group of men believed to be from the Opposition suddenly covered my face with the Parti Keadilan Rakyat's (PKR) flag before one of them hit my head with iron."

"After that, they just ran and left me there. I had to seek medical treatment before making the police report today," she said. -- BERNAMA

Ariff Is The Most Suitable Candidate

Bernama - Thursday, August 14

BUKIT MERTAJAM, Aug 13 (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) leaders said Seberang Jaya State Assemblyman Datuk Ariff Shah Omar Shah is the best candidate to challenge Parti Keadilan Rakyat (PKR) adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim in the Permatang Pauh by-election on Aug 26.

Penang MCA liaison chairman Datuk Liow Tiong Lai was confident Ariff Shah who could speak Mandarin and Hokkien would attract the Chinese voters.

"MCA will fully support him in wresting the Permatang Pauh seat," the MCA Youth chief told Bernama here tonight.

Penang Umno liaison deputry chairman Datuk Abdul Rashid Abdullah said he was confident that Ariff Shah would get strong backing from the Chinese and Indian voters.

"The two-term Seberang Jaya assemblyman had proven his ability in serving his contituency," he told reporters after Deputy Prime Minister and Umno deputy president Datuk Seri Najib Tun Razak announced the BN candidate at Bandar Sunway Convention Centre here tonight.

-- MORE
KTK EIY HK ZUB
CALON-REAKSI 2 BUKIT MERTAJAM

Abdul Rashid berkata: "Saya yakin beliau (Arif Shah) mampu meraih sokongan pengundi di Permatang Pauh."

Bagi Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Seri Chia Kwang Chye pula berkata kemampuan Arif Shah, satusatunya calon Bn di kawasan Parlimen Permatang Pauh, mempertahankan kerusi DUNnya di Seberang Jaya merupakan sebab mengapa beliau dipilih sebagai calon Parlimen Permatang Pauh.

"Kita nampak, pemilihan Arif untuk bertemu Anwar satu cabaran dan kita yakin objektif kita untuk mengurangkan jumlah majoriti pada pilihan raya lepas dapat dikurangkan," katanya.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang Datuk Salim Abdul Bari berkata pergerakan itu Pemuda akan membantu berkempen bagi menarik lebih ramai golongan muda keluar mengundi calon BN.

"Kita akan gerakkan jentera kita untuk berkempen di seluruh Permatang Pauh dan kita yakin Arif Shah mampu memberi saingan kepada lawannya dan tidak mustahil untuk menang di situ," katanya.

-- LAGI

CALON-REAKSI 3(AKHIR) BUKIT MERTAJAM

Bagi Datuk Pirdaus Ismail, yang merupakan calon BN untuk kerusi Parlimen Permatang Pauh sejak tahun 2004 hingga pilihan raya Mac lepas, beliau turut bergembira dengan pemilihan Arif Shah kerana beliau tahu rakan baiknya itu seorang yang bekerja keras dan mampu melaksanakan tanggungjawab.

"Saya akan sokong dan berkempen habis-habisan untuk beliau," katanya dan menambah beliau tidak terkilan kerana tidak dipilih sebagai calon BN kali ini dengan wajah yang berseri.

Persiapan UMNO Lancar

UMNO-ONLINE

PERMATANG PAUH - Jentera pilihan raya UMNO telah bersedia untuk menjalankan tugas dalam pilihan raya kerusi P.44, Parlimen Permatang Pauh untuk turut sama membantu gerak kerja parti bagi memastikan kawasan tersebut ditawan kembali berikutan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melepaskan kerusi itu kerana memberi laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding.

Setiausaha Penerangan UMNO Bahagian Permatang Pauh, Ahmad Sahar Shuib memaklumkan bahawa semua jentera yang akan melaksanakan tugas bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) telah pun berada di sini.

“Kita telah mengadakan mesyuarat jentera pilihan raya pada semua peringkat dan semua pihak, termasuk peringkat Negeri, Bahagian dan Cawangan sudah bersedia untuk turun ke kawasan-kawasan mengundi,” katanya memaklumkan kepada UMNO Online hari ini. Beliau menyatakan bahawa anggota jentera akan bergerak mengikut perancangan dan gerak kerja yang telah diatur untuk mendekati para pengundi secara berterusan.

“Kita telah bersedia untuk melakukan tugas seperti musim-musim yang lalu malah kita akan menyokong sepenuhnya calon BN yang bertanding di kawasan tersebut,” tegas beliau lagi.

Beliau turut memaklumkan bahawa jentera pilihan raya dan anggota BN serta UMNO akan turun beramai-ramai pada hari penamaan calon iaitu 16 Ogos ini bagi menyokong calon yang bertanding. Berhubung perkara tersebut, beliau turut memaklumkan bahawa isu yang dimainkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah berbeza dengan matlamat penduduk tempatan kerana mereka lebih tertumpu kepada isu nasional.

“Isu peringkat pembangkang yang sememangnya acapkali pilihan raya sudah tentunya kerajaan yang akan diburukkan khususnya berkaitan dengan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan pusat seperti kenaikan harga minyak dan barangan lain.”

Dalam hal ini, beliau turut menyatakan bahawa isu-isu tempatan di kawasan tersebut akan ditangani terutamanya berkaitan dengan kebajikan para penduduk.

Di samping itu, beliau menanamkan rasa keyakinan dengan pengundi-pengundi di sini yang dilaporkan seramai 58,459 pemilih berdaftar kerana penduduk di kawasan itu amat memerlukan infrastruktur sempurna dan pembangunan.

“BN yang ditunjangi UMNO adalah kerajaan yang bertanggungjawab serta mampu untuk menunaikan setiap janji yang diperkatakan kepada rakyat malah sehingga kini telah terbukti bahawa Kerajaan tidak pernah gagal dalam menjaga kebajikan rakyat.”

Daripada tiga kerusi Dewan Undangan Negeri di kawasan Parlimen itu, Seberang Jaya yang dikuasai BN jauh lebih membangun daripada dua lagi kawasan, Penanti dan Permatang Pasir, kecuali kawasan bandar Permatang Pauh.

“Saya yakin, dengan semua persiapan yang lancar, jentera yang lengkap dan pendekatan yang baik maka tidak mustahil untuk UMNO kembali merampas kawasan ini daripada tangan PRK,” ujar beliau lagi.

Permatang Pauh terdiri daripada 68.5 peratus Melayu, 24.79 peratus Cina , 6.3 peratus India dan 0.41 bangsa lain.

Dalam pilihan raya kecil ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 16 Ogos ini sebagai tarikh penamaan calon dan pengundian sepuluh hari kemudian iaitu pada 26 Ogos.

Kawasan Permatang Pauh, diwakili Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sejak 1999 sehingga beliau melepaskan kerusi itu baru-baru ini.

Bapa pertahankan sumpah Saiful

Utusan Malaysia
Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY

KUALA LUMPUR 17 Ogos – Azlan Mohd. Lazim, bapa Mohd. Saiful Bukhari, mempertahankan tindakan anaknya mengangkat sumpah di masjid bagi membuktikan dakwaannya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, upacara sumpah laknat pada Jumaat lalu itu adalah mengikut syariat Islam kerana ia dibuat selepas Mohd. Saiful mendapat nasihat daripada ulama.

Azlan menegaskan, tiada sebab untuk anaknya mengangkat sumpah sekali lagi walaupun ada pihak cuba mempertikaikan cara yang digunakannya sehingga ada pemimpin Pas sanggup menyamakan sumpah yang dibuat di dalam masjid itu dengan amalan Kristian.

Sehubungan itu, beliau mencabar pihak yang masih mempertikaikan sumpah laknat atau mubahalah yang dilakukan oleh Mohd. Saiful supaya tampil mengemukakan contoh atau ‘cara Islam yang betul’ seperti dakwaan mereka.

“Saya yakin Mohd. Saiful telah menjalani proses mengangkat sumpah secara tertib mengikut apa yang disyariatkan dalam Islam.

“Ini termasuklah diadakan di dalam masjid pada hari Jumaat, dalam keadaan suci berwuduk, berkiblatkan Kaabah serta mengucapkan lafaz Wallahi, Wabillahi dan Watallahi.

“Kerana itu, saya mencabar mereka yang mengkritik Mohd. Saiful untuk tampil menunjukkan ‘cara yang betul’ bagi membuktikan kaedah yang digunakan oleh anak saya adalah salah,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia sebagai mengulas perbuatan beberapa pihak, terutama para pemimpin Pas, yang tidak bersetuju dengan cara Mohd. Saiful mengangkat sumpah bagi membuktikan kebenaran dirinya diliwat oleh Anwar.

Mohd. Saiful, 23, melafazkan sumpah laknat (mubahalah) di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini pada pukul 6.25 petang Jumaat lalu dengan disaksikan oleh Azlan, ahli-ahli keluarganya, imam Ramlang Porigi dan para pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Dalam sumpah itu, pemuda itu menegaskan bahawa Anwar telah meliwatnya pada 26 Jun lalu.
Azlan tidak menolak isu kaedah sumpah tersebut timbul kerana pihak-pihak yang terlibat mempunyai agenda politik masing-masing selain terlalu taksub dengan Anwar yang kini berkempen dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Beliau hairan dengan tindakan golongan itu yang mempertikaikan cara anaknya bermubahalah sedangkan upacara sumpah itu pertama kali dilakukan di negara ini.

“Saya minta mereka berhenti mempersoalkan perkara remeh sedemikian kerana anak saya telah mengangkat sumpah dengan cara yang betul di sisi Islam, bukan dengan pegangan agama lain.

“Yang penting keikhlasan dan keberanian beliau untuk menjalani proses itu tanpa keraguan... jadi hentikanlah mengkritik,’’ ujarnya.

Dalam hal ini, Azlan enggan mengambil peduli cakap-cakap orang. “Saya hanya berserah pada ketentuan Tuhan untuk membuktikan keadilan,” katanya.

Cadangan supaya Mohd. Saiful bermubahalah dicetuskan oleh Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin pada bulan Julai lalu.

Dalam reaksinya terhadap lafaz sumpah Mohd. Saiful yang antara lain mengatakan “jika saya berdusta saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada Allah sehingga kiamat”, Dr. Mohd. Asri menggesa Anwar juga melakukan mubahalah.

“Jika Anwar juga bersumpah laknat seperti itu (Mohd. Saiful), maka jadilah mubahalah dan kita akan lihat hukuman Tuhan nanti,” katanya.

Jangan Biadap

Utusan Malaysia
Oleh HABIBAH OMAR, NURUL HUDA HASSAN dan Raja Syahrir Abu Bakar

BUKIT MERTAJAM 17 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak membidas pembangkang yang bersikap biadap terhadap pemimpin UMNO dan menggunakan pelbagai pendekatan untuk mencapai kemenangan pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, sikap berkenaan melambangkan imej pembangkang yang tidak berbudi bahasa dan akan diamalkan jika diberi peluang memerintah negara.

“Mereka gunakan kumpulan untuk bersorak dan menunjukkan isyarat lucah kepada pemimpin BN dan turut mengejar ke mana sahaja pemimpin berkenaan pergi.

“Pembangkang tidak menunjukkan rasa hormat pada lawan mereka, adakah ini imej parti yang nak perintah negara,” katanya selepas mengadakan tinjauan di Bilik Gerakan Induk, Pemuda BN di sini malam ini.

Apa yang penting, kata Najib, Pemuda UMNO tidak akan takut dan gentar dengan tindakan tersebut pembangkang itu.

“Malah lagi gasak dia (pembangkang) main, lagi semangat Pemuda UMNO. Saya nak ingatkan jangan bermain api dan menguji Pemuda UMNO kerana kita tidak takut kepada mereka,” katanya.

Sementara itu di Serdang, Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PKR serta para penyokongnya dinasihatkan supaya jangan terlalu angkuh dan agresif ketika berkempen sehingga boleh mengakibatkan kecederaan kepada orang lain.

Katanya, tindakan para penyokong parti itu di Permatang Pauh semalam mencerminkan kebiadapan mereka yang bertentangan dengan nilai-nilai masyarakat negara ini.

‘‘Saya berada di sana semalam dan menyaksikan sendiri insiden keganasan para penyokong PKR yang merosakkan harta benda dan menyebabkan kecederaan.

‘‘Sikap para penyokong PKR itu seolah-olah mereka sudah menang dan mereka angkuh dengan perasaan itu,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika ditemui pemberita pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2008.

Semalam, dua jurugambar termasuk seorang daripada agensi berita asing dibelasah penyokong PKR ketika kedua-duanya membuat liputan proses penamaan calon di Institut Perguruan Tuanku Bainun (IPTB) di Permatang Pauh.

Dalam kejadian itu, para penyokong PKR telah mengepung dan mengejar sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki penyokong Barisan Nasional (BN).

Jurugambar akhbar New Straits Times, Mohamed Sairen Mohamed Nahfis, 26, yang berada di atas kenderaan berkenaan dan cuba merakamkan insiden berkenaan diserang.

Lebih teruk lagi, kameranya turut dirampas bahkan jurugambar Halim Berbar, 28, dari HBL Press News, Perancis yang cuba membantu turut dibelasah.

Dalam hal ini, tegas Muhyiddin, para pemimpin PKR harus sentiasa mengawasi perilaku penyokongnya supaya lebih bertanggungjawab kerana pilihan raya kecil Permatang Pauh adalah medan pemilihan wakil rakyat dan bukannya medan peperangan.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mustapa Mohamed meminta pengundi di Permatang Pauh supaya menolak perjuangan PKR berdasarkan budaya samseng yang dibawa parti itu.

Sambil melahirkan kekecewaannya, beliau berkata, budaya ganas yang diamalkan para penyokong PKR bertentangan dengan adab dan nilai-nilai masyarakat timur.

Saturday, August 16, 2008

Penyokong PKR sudah mula tunjuk kekasaran: Noraini

Berita Harian

BUKIT MERTAJAM: Sekumpulan ahli Pergerakan Puteri Umno mendakwa diraba di punggung dan diludah oleh beberapa penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kawasan berhampiran pusat penamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pauh di Institut Perguruan Tuanku Bainun (IPTN) di sini, semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 pagi di depan pintu masuk IPTN itu hampir mencetuskan pergaduhan dan kemarahan penyokong Barisan Nasional (BN) yang memaksa polis bertindak mengawal keadaan yang tegang itu.

Ketuanya, Datuk Noraini Ahmad, yang kecewa dengan kejadian memalukan itu berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku terutama membabitkan wanita dan penyokong berbangsa Melayu.

"Saya kesal kerana ada ahli Puteri yang diraba dan diludah. Penyokong PKR nampaknya sudah mula menunjukkan kekasaran dan belang mereka padahal ini baru saja hari penamaan calon. Selepas ini tidak tahu apa yang akan mereka lakukan pula," katanya kepada pemberita.

Noraini berkata, penyokong semua parti yang bertanding perlu bertenang dan menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan bersih dan jujur.

"Saya minta penyokong tolonglah bertenang kerana kita rakyat Malaysia yang penuh dengan adat ketimuran. Biarlah pilihan raya ini berjalan dengan baik dan saya berharap ia tidak berlaku lagi," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Puteri Umno akan bergandingan dengan Pergerakan Wanita berkempen dari rumah ke rumah bagi meraih undi untuk memastikan kemenangan calon BN.

"Kali ini seramai 1,500 jentera Puteri dari seluruh negara digerakkan sepanjang 10 hari berkempen," katanya

AP : Anwar Faces 'giant- killer'

KUALA LUMPUR - MALAYSIA'S ruling coalition has named a little-knownMalay politician fluent in Mandarin to contest a parliamentary by-electionagainst opposition stalwart Anwar Ibrahim, who has pledged to topple thegovernment in a month.

Mr Arif Shah Omar Shah, a two-term state legislator who was named onWednesday as the National Front candidate, said he hoped to become a'giant-killer' and defeat Mr Anwar, who is seen as the favorite to win theelection despite facing a sodomy allegation.

Both will be formally nominated on Saturday to contest the Aug.26 by-election for the Permatang Pauh constituency in the northern Penangstate.Deputy Prime Minister Najib Razak, who announced Arif Shah's name, said theNational Front would 'prefer to be the underdogs and take on (theopposition) like David going against Goliath'.

Mr Anwar, a former deputy prime minister, held the Permatang Pauh seatbetween 1982 and 1999, when he was forced to vacate it after being oustedfrom the government and put on trial for corruption and sodomy.

He wasconvicted and imprisoned on both charges, which he denied, but was freedafter Malaysia's top court quashed the sodomy conviction in 2004.

The corruption conviction barred Mr Anwar from political office until April2008, preventing him from contesting March general elections in which histhree-party opposition alliance secured more than one-third of theparliamentary seats and took control of five states.

Mr Anwar, 61, is seeking a comeback to Parliament despite battling a newcharge of sodomy after a 23-year-old male former aide claimed in June thatMr Anwar had sex with him. Mr Anwar was charged in court last week butremains free on bail pending trial.

Anwar insists the government fabricated the sodomy allegation to prevent theopposition from seizing power through the defection of ruling coalitionlawmakers, with whom Anwar claims to have held negotiations.

Anwar has vowedto announce the crossovers by Sept.16, though many government officials have accused him of bluffing and deniedany conspiracy against Anwar.Choosing Arif to face Anwar may help the government capture more votes fromethnic Chinese and Indian minorities, whom Anwar has wooed with promises ofracial and religious equality.

In a rarity for a Malay Muslim, Arif studied in Chinese-language schools,speaks proficient Mandarin and is an adviser for a Tamil youth club inPenang.

He is popular in the state but an unfamiliar name to mostMalaysians.'

I am not afraid of (Anwar). I will be the giant-killer this time', Mr Arif,a 52-year-old member of Penang's state legislature, was quoted as saying bythe New Straits Times newspaper.

Mr Anwar rejected any significance in Mr Arif's nomination, saying he didnot care who the National Front choses.

Mr Anwar's wife, Wan Azizah Wan Ismail, held the Permatang Pauh seat since1999 until she surrendered it earlier this month to let Mr Anwar contest aby-election. Ms Wan Azizah retained the seat by a nearly 14,000-votelandslide in March elections. -- AP____