Utusan Malaysia
BUKIT MERTAJAM 18 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak meminta pengundi Parlimen Permatang Pauh supaya jangan sesekali terpedaya dengan dakyah Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kemenangannya di Parlimen itu akan membawa beliau mengetuai kerajaan.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, tindakan Anwar menguar-uarkan cerita beliau boleh menarik 30 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyertai pakatan pembangkang adalah satu momokan semata-mata.
''Pilihan raya kecil adalah untuk menentukan siapa jadi wakil Parlimen Permatang Pauh, bukan menentukan siapa yang akan mengetuai kerajaan sebab penentuan kerajaan telah dibuat dalam pilihan raya umum lalu.
''Jadi jangan berfikir dengan pilihan raya kecil ini, kerajaan akan bertukar. Ia tidak akan berlaku," katanya pada sidang akhbar selepas melawat Bilik Gerakan BN di Kampung Sama Gagah, di sini hari ini.
Pada hakikatnya, kata beliau, sebagai pengamal demokrasi yang sebenarnya, adalah tidak wajar bagi Anwar untuk mencuri wakil rakyat parti lain kerana mereka dipilih atas lambang parti iaitu BN.
Tindakan mencuri wakil rakyat tersebut juga, tegasnya bukan satu tindakan demokrasi malah pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh tidak boleh mencerminkan sesuatu yang akan membawa perubahan kepada pemerintahan negara ini.
''Apa yang kita harapkan ialah supaya rakyat memberi peluang kepada BN kerana mandat yang diberikan oleh rakyat dalam pilihan raya umum lalu akan digunakan untuk membela nasib mereka.
''Lebih 50 tahun negara mencapai kemerdekaan dan sejak itu BN telah membela rakyat, jadi jangan sesekali menafikan kejayaan itu adalah hasil usaha BN," katanya.
Dalam pada itu, ditanya mengenai cadangan Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe supaya parti itu keluar dari BN, Najib memberitahu, Gerakan tidak mempunyai cadangan untuk berbuat demikian.
Malah, katanya, Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon sendiri terkejut dengan cadangan berkenaan.
''Saya telah berbincang dengan Tsu Koon dan beliau menyatakan tidak ada cadangan atau hasrat Gerakan untuk buat demikian," katanya.
Mengulas peletakan jawatan Presiden Pakistan, Pervez Musharraf, Najib berharap agar perubahan kepimpinan di negara itu tidak akan menimbulkan ketegangan atau konflik dalaman.
''Biar rakyat Pakistan melalui sistem politiknya menentukan (pengganti) dan kita hormati serta berharap ia berjalan teratur kerana keadilan dan keamanan negara amat penting kepada rakyat Pakistan," katanya.
KEGANASAN YANG DILAKUKAN OLEH AHLI PKR
Mangsa yang dipukul tanpa belas kasihan oleh ahli-ahli parti PKR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment